Friday 24 November 2017

Tips Mohon Google Adsense Bahagian 1

Tips mudah mohon Google Adsense


Bagi yang tak berapa nak tahu, Google Adsense merupakan salah satu medium kita menjana pendapatan dengan memaparkan iklan yang di janakan oleh Google. Pembayaran adalah dalam bentuk USD. Wowww!!! Syok kan? 
Tips mohon Google Adsense

Sebenarnya Abe We tak ada cara spesifik nak mohon Google Adsense ni. Tapi Abe We cuba upgrade blog ni. Blog ni pun usianya baru je beberapa bulan. Sepatutnya memang agak susahlah nak di approvekan oleh googel sebab requirement dari google, sesebuah blog tu mesti berusia 6 bulan dan mempunyai content yang mencukupi.

Ubah Template

Untuk memudahkan pihak google approve blog kita, kita perlu memilih template yang sesuai. Ini kerana, Google Adsense memerlukan ruangan iklan khas dan template yang mempunyai ciri-ciri SEO dan juga responsive.

Responsive SEO Friendly Blogger Templates
contoh pandangan responsive template

Bagaimanakah template yang sesuai

Persoalan ini sentiasa menjadi persoalan. Oleh itu, Abe We bagi tips sedikit. Untuk memilih template yang sesuai kita perlu cari template yang mempunyai ciri-ciri ini:-

  1. Responsive template
  2. SEO Friendly template
  3. Ads ready template
Antara 3 ciri template ini, ianya mudah untuk di approvekan oleh pihak google. Abe We sertakan beberapa sumber web yang mempu memberikan template seperti ini.


Email untuk Google Adsense

Antara kesalahan Abe We sebelum ini ialah kesilapan semasa menggunakan email untuk mendaftar Google Adsense.

Pada mulanya, Abe We menggunakan email yang pertama dan mendaftarkan wayneharraz.blogspot.com di adsense.

Namun, tanpa Abe We sedari, bila kita sudah tukar domain ke .com, kita perlu mendaftarkan email baru untuk adsense. Sebab, jika kita telah apply menggunakan domain .blogspot.com, kita tidak boleh menggunakan email yang pertama tadi untuk daftar di adsense. Kita perlu membuat email ke-2 dan apply adsense lagi sekali dengan menggunakan domain baru iaitu .com pula.

sebagai contoh : email matjeman@gmail.com telah daftar adsense matjeman.blogspot.com.

Tetapi bila di tukar ke matjeman.com, kita perlu membuat email baru matjeman02@gmail.com.


Tamat Bahagian 1

Tips Pertama : http://www.wayneharraz.com/2015/07/tips-mohon-google-adsense.html
Tips Kedua : http://www.wayneharraz.com/2015/08/tips-mohon-adsense.html

Disqus Comments